Sunday, October 21, 2012

Mari Belajar Membaca

                                                          BAJU     







Baju.

Ini baju.


Ini baju Sara.


Baju Sara kena nila.


Mama cuci baju Sara.














                                     BOLA




Bola.

Ini bola.

Ini bola Zaki.

Bapa beli bola itu.

Bapa beri bola itu pada Zaki.







                                         BUKU





Buku.

Ini buku.

Ini buku Mira.

Mira suka baca buku.

Mira baca buku hari-hari.








                                 LORI





Lori.

Ini lori.

Ini lori bapa.

Bapa bawa lori laju.

Lori bapa bawa kayu.







                           BECA




Beca.

Ini beca.

Ini beca roda tiga.

Ini beca roda tiga Haji Zami.

Haji Zami bawa beca roda tiga.













Saturday, September 29, 2012

Carta Aliran LINUS


Objektif Tahun Satu

Pada akhir Tahun Satu murid berupaya :


      i.   mengenal dan menulis huruf kecil dan huruf besar dengan 
           betul.

     ii.   membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

    iii.   membina dan menulis suku kata terbuka dan tertutup dengan
           betul dan tulisan yang kemas.

    iv.   membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka 
           dan tertutup dengan betul dan tulisan yang kemas.

     v.   menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan 
           tertutup dengan betul dan tulisan yang kemas.

    vi.   membaca perkataan yang mengandungi digraf dan diftong 
           dengan betul.

   vii.   menulis perkataan yang mengandungi digraf dan diftong 
           dengan betul dan tulisan yang kemas.

  viii.   membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding 
           dan konsonan bergabung dengan betul.

    ix.   menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding dan 
           konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas.

     x.   membaca perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan 
           sebutan yang betul.

    xi.   menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan 
           betul.

   xii.   membaca rangkai kata dengan betul.

  xiii.   menulis rangkai kata dengan betul.

  xiv.   membaca ayat tunggal dengan sebutan yang jelas dan 
           intonasi yang betul.

   xv.   membina dan menulis ayat tunggal dengan betul serta
           tulisan yang kemas.

Definasi

1.0     Definasi Literasi


Literasi di definasikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung 'dan' serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.


2.0     Matlamat


Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.


3.0     Objektif


Objektif Program Literasi adalah memastikan murid berupaya :

     i.     mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan 
            suku kata terbuka dan tertutup.

    ii.     membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka
            dan tertutup, perkataan yang berimbuhan awalan dan 
            akhiran.

  iii.     membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat 
           majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung 
           'dan'.



Pendekatan yang digunakan dalam Program LINUS ini ialah pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyelutuh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru mula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi suku kata tanpa murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari, dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yang bersesuaian. 




Pengenalan

National Key Result Areas (NKRA's)  Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS).

Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Konsep ini dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bagi membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi.