National Key Result Areas (NKRA's) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS).
Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Konsep ini dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bagi membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi.


.jpg)
No comments:
Post a Comment